Popular

Perut Ikan

Showing posts with label U. Show all posts
Showing posts with label U. Show all posts

Kemusnahan Gaza (U)

Kami share yang kategori UMUM dahulu. Nanti bila tiba masanya, kami akan kongsikan kategori 21SG.

Semoga mereka disana bertahan dan sihat-sihat hendaknya. Amin

Gambar ihsan Aljazeera News.




Keindahan Gaza Part II (U)

Bayangkan bandar kita yang cantik tiba-tiba diserang askar dari negara luar.. Oh, tahukah anda Gaza sebenarnya lebih kurang sebesar negeri Perak? Jangan terpedaya dengan propaganda Israel ini. Kalau sudah dasar penipu, ini lah jadinya. Macam Jepun dulu-dulu lah. Macam-macam propaganda diperkenalkan. Tapi tujuannya sama sahaja; menjajah.

Sekitar pantai:







Keindahan Bumi Gaza (U)

Tahukah anda, ketika media massa menyiarkan kemusnahan bumi Gaza, Palestin, media Pro Israel bermati-matian menyebarkan gambar-gambar keindahan bandar Gaza. Seperti yang kita sedia maklum, media berupaya untuk spin fakta. Kita hanya dibenar untuk lihat apa yang mereka mahu kita lihat. Ala, macam time kita sedang menonton berita-berita jam 8 malam di televisyen Malaysia lah. Kalau tidak si pemerintah terlalu mulia, si pembangkang tu lah syaitan paling jahat didunia.

Mari kita sama-sama lihat keindahan Gaza yang jarang didedahkan media. Niat untuk berkongsi gambar ini bukan mengiakan dakwaan-dakwaan blog pro Israel bahawa Gaza tidak ditekan. Niat kami adalah untuk berkongsi keindahan Gaza yang telah di cabul oleh Israel.

Penjajah tetap penjajah.

Mari kita saksikan random pictures of the beautiful Gaza:


Bilik Karoke Untuk Forever Alone "1Kara" !

The rooms go for about 600 yen per hour between 10:00 a.m and 6:00 p.m., and double that from 6:00 p.m. to 6:00 a.m. Special packages are available for 2,600 yen between the hours of midnight and 5:00 a.m.

Only in Japan! - Lebih kurang 25 ringgit sejam. Amacam? ada berani? Haha. Khabarnya sesuai untuk latihan sebelum beraksi bersama rakan taulan. Practice dulu baru join big league. Tapi pernah pulak orang kisah kita nyanyi sumbang ke tak dalam bilik karoke. Haha. Segala galanya disini satu. Satu mic, satu headphone, satu kerusi, satu screen. 1 Kara! Bukan 1 Malaysia. Hehe


WeGrow Marijuana! (U)



PHOENIX - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di sini pada Rabu lalu.

Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan.

Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.

Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja.

Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja. - Reuters

Sumber asal: Kosmo!

Sham Kamikaze Bertaubat (U)

Minta Maaf 100 Kali Untuk Elak Mahkamah (U)

Seramai 4,253 pengikut laman Twitter Fahmi Fadzil mungkin pelik dengan pesanan bertalu-talu daripada aktivis sosial itu yang memohon maaf kepada sebuah syarikat penerbitan.

Dalam 'penyelesaian' yang tidak pernah berlaku, Fahmi diarahkan untuk menulis permohonan maaf di laman sosial itu sebanyak seratus kali dalam masa tiga hari.

NONESyarikat itu - Blu Inc Media & Majalah Female - mengarahkannya menulis: "I've DEFAMED Blu Inc Media & Female. My tweets on their HR Policies are untrue. I retract those words & hereby apologize."

(Saya MEMFITNAH Blu Inc Media dan Majalah Female. Tweet saya tentang polisi HR [sumber manusia] mereka tidak benar. Saya tarik balik kata-kata itu dan mohon maaf.)

Beliau diminta berbuat demikian untuk mengelakkan daripada diheret ke mahkamah.

Semuanya bermula apabila Fahmi - yang juga setiusaha politik kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar - diminta menulis secara bersiri perkara itu di akaun Twitter @fahmi_fadzil.


Fahmi Fadzil  Twitter - Blog

Top 9 Menu Menarik McDonald's Asia (U)

Oleh kerana kita jarang mengembara keluar ke negara orang, jadi tak banyak yang kita tahu apa yg McD hidangkan di negara lain selain negara kita. Kalau selalu travel pun, tak semua menu kita boleh try kerana isu halal dsbgnya. Okay, mari kita tengok apa menu-menu menarik McD di luar Malaysia.



50% Diskaun Big Mac Hanya Untuk Lelaki (U)

Lagi cerita pasal McDonald's. Haha. Musim entri mengenai McD sedang bergiat pesat di IkanStim 2.0 nampaknya. Takpa, layan~


Sebenarnya promosi yg diperkenalkan oleh GM McDonald's China ni boleh dikatakan marketing strategy yg agak bijak sebab populasi lelaki di China melebihi wanita sebanyak 30 juta orang. In a simpler term, China has 30 million surplus of men. Dengan promosi hebat daging burger 100% daging tanpa campuran bahan lain kepada kaum Adam, at least berganda jugak sales McD China kan? 

McWeddings Di McDonald's Hong Kong (U)

Bunyi macam pelik sebab McD biasanya cater birthday parties untuk budak-budak je kan? Sekarang dah ada plan nak buat McWeddings. Tapi hanya di Hong Kong lah.


Gambar majlis perkahwinan ni adalah perkahwinan Kelvin dengan Ashley di Hong Kong. Perkahwinan diorang adalah McWeddings pertama di Hong Kong selepas McWeddings ditawarkan untuk para pelanggan sejak Januari 2011.

Tandas Awan (U)


Walaupun di Penang ada tandas yg extreme, tak boleh jugak nak lawan kehebatan tandas awan ini. Mungkin pengguna perlu naik kapal terbang atau helikopter untuk ke tandas.

Tandas awan kerajaan langit ayah pin


Gambar diperoleh dari facebook sapa ntah. Lupa dah.

6 Cara Mengenal Pasti Telur Palsu (U)

Bila isu ni hangat diperkatakan di media perdana, baru perasan yang tahun lepas saya ada ke China dan ada makan makanan berasaskan telur. Telur dadar pun ada! Tapi rasa sedap dan normal. Tak tau la telur palsu ke tidak. Haha. Boleh baca disini. Apa-apa pun, ni tips mengenal pasti telur paslu dari C.A.P. Selamat mencuba!












Dr Fadzilah Kam-to-me (U)

Johan lepas kena belasah sebab terlalu lawak. Hehe. Ihsan ohartis.com



Back to back Dr Fadzilah Kamsah parody by Johan. Lawak gila!


RM13,000 Untuk Makan Ikan Patin (U)

TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiz.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan selepas dimasak dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

"Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali," katanya. - BERNAMA


--
IkanStim 2.0 Says: Ni millionaire mana pegi belanja orang makan sampai 13k nih?

Bandar Berhantu Kota Beijing (U)

Krisis penduduk tidak mampu memiliki rumah ni bukan berlaku kat Malaysia saja. Berlaku dimana-mana termasuk negara yang dikatakan akan menguasai ekonomi dunia satu hari nanti; China. Boleh tonton video ni untuk melihat masalah shopping mall yang tak berpengunjung. Kononnya ada 1500 kedai tapi ada beberapa sahaja kedai yang dibukak. Terlalu banyak bangunan-bangunan besar ni dibina sampai tiada siapa yang nak menyewa.


Budak Lelaki 4 Tahun Dengan Berat 62 Kilogram (U)

Xiao Hao dari Guangdong, China. Nom Nom Nom Nom

Ratu Jeriji Besi (U)


Sebuah penjara di Recife, Brazil baru-baru ini mengadakan pertandingan Ratu Cantik untuk banduan wanita yang menjalani hukuman penjara disitu. Ratu Cantik Penjara 2011; Rebecca Rhaysa Suelen Guedesin, 19 sangat terharu dengan kemenangan beliau. (Beliau disabit kesalahan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup). Unikna, Guedshin tetap tak mengaku bersalah walaupun hukuman tu sudah dijatuhkan. Tetap kata dia innocent! Hebat! Kali ni ada 12 orang peserta yang dinilai berdasarkan rupa (sudah pasti) dan tingkah laku. Pemenang bakal memenangi USD1000 yang akan dibank in ke akaun milik pemenang.

Ironinya, Kementerian Pembangunan Sosial dan Hak Asasi Manusia Brazil menganjurkan pertandingan Ratu Cantik and stuff kat penjara-penjara yang terkenal dengan keganasan brutal. So boleh kata ini salah satu cara nak 'jinakkan' diorang. Hehe.

Sumber asal: disini

Pelajar SAR Berumur 7 Tahun Meninggal Dibelasah Penyelia (U)

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

- Bernama

Biri-Biri Berkaki Dua di China (U)




Seorang petani  dari China memiliki seekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan hanya dengan dua kaki.Cui Jinxiu, dari Dadongzhuang desa, Laizhou, Wilayah Shandong, mengatakan bahawa anak  kambing biri-biri tersebut adalah salah satu daripada dua ekor anak kambing biri-biri  yang lahir dengan dua kaki dua bulan lalu. (2010)

"Yang pertama sangat sihat dan normal. Namun, yang kedua mengejutkan saya," katanya. " Anak  kambing biri-biri ini kelihatan normal, tetapi hanya mampu berbaring di rumput."




Skinny Jeans dan Tahi Manusia Di Korea Utara (U)



Skinny jeans, film dewasa dan tahi manusia menjadi 'hot item' di Korea Utara sejak kebelakangan ini. Kim Young-soo, seorang profesor di Seoul Sogang University yang telah menemuramah beberapa pelarian @ pembelot negara Komunis tersebut, mengatakan bahawa barang-barang tersebut terjual"seperti goreng pisang panas".


Item yang popular lain yang dijual di Korea Utara termasuk drama TV dan mi segera, katanya. Pejabat berita Yonhap melaporkan bahawa kedai-kedai mula menjual tahi manusia untuk menghadapi kekurangan baja di Korea Utara. "Setiap keluarga menggunakan tahi manusia sebagai baja, namun begitu, memandangkan permintaan yang tinggi, kini baja tahi manusia mula boleh didapati di kedai - kedai."