Popular

Perut Ikan

Top 9 Menu Menarik McDonald's Asia (U)

Oleh kerana kita jarang mengembara keluar ke negara orang, jadi tak banyak yang kita tahu apa yg McD hidangkan di negara lain selain negara kita. Kalau selalu travel pun, tak semua menu kita boleh try kerana isu halal dsbgnya. Okay, mari kita tengok apa menu-menu menarik McD di luar Malaysia.



Sorry gambar kecik. Susah nak cari yg besar. Credit to Google Image.



1. Ayam + Nasi + Soft Drink

Hidangan nasi dalam menu fast food restaurants di Indonesia sangat-sangat common. Bagi yang pernah ke Indonesia mesti perasan ada nasi untuk hidangan McD. Orang Indonesia memang suka makan nasi barangkali.

--



2. Samurai Pork Burger dan Fish Mc Dippers

Hidangan Burger Khinzir Samurai ni terdapat di Thailand. Ya, Thai-land. Bukan Je-pun. Bagi yang tak makan daging babi mesti tak terliur. Tapi mesti masuk dalam list jugak sebab kat Malaysia takda jual. Fish McDippers tu pun kat Thailand. Confirm rasa mcm fillet-o-Fish versi potong kecik-kecik.

--


3. Green Tea Red Bean Sundae

Dijual di Hong Kong. Memang orang Cina suka makan ni. Selalu nampak kat Ipoh diorang makan. Tapi bukan product McD lah. Aiskrim teh hijau. Nampak sodap jugak. Hoho

--


Close up Burger ber-roti kan nasi 

4. Chicken Fan-tastic

Looks like an ordinary McD burger tapi jangan silap. Bun burger ni diperbuat daripada nasi. Yup, nasi, bukan gandum. Ada dijual di Singapura. Tak pasti kenapa kat Malaysia tak di bawak masuk.

--


5. McAlooTikki

Rasanya dalam banyak-banyak menu, McAloo Tikki ni paling winrar bak kata Obefiend. Sebabnya burger ni khas untuk vegan. Dari nama burger tu pun ktia dah boleh teka ada jual kat mana kan? Tak lain dan tak bukan, negara paling ramai penganut Hindu, IN-DI-A!. Burger yang diperbuat daipada kentang dan kekacang. Coolnessss!


--

6. Fillet-O-Shrimp

Negara mana yang paling suka makan seafood? Mestilah Jepun. Kita ada fillet o Fish sahaja. Kat Jepun ada O Shrimp! Udang lah. Nampak lazat walaupun saya allergic makan udang. Hehe

--
7. Mc Hot Dog

Disesetengah negara, McD ada hidangkan hot dog untuk Breakfast Meal. Kalau diperkenalkan kat Malaysia pun ok kan?

--
8. McDonald's Spaghetti

Italian food di McD Filipina! Macam agak tak masuk kan? Haha.

 --
 
9. Only in Malaysia: Bubur Ayam McD!  
Walaupun lebih minyak, tapi tetap sedap.



--

P.s- 3 entri mengenai McD berturut-turut! Woha!

No comments: