Popular

Perut Ikan

Baju Dan Orang DiSebalik Tabir (P)

Betapa bosan nya malam ini sampai hampir 3 post sehari aku buat
btw, ni sedikit kronologi bagaimana 187 clothing boleh wujud. ( kalau korang pernah dgr pasal 187clothing la)

187 ni kalau cek kat wiki, ialah code untuk polis kat negeri mana entah bag kes pembunuhan.187clothing wujud bukan kerana yang mengusahakan bisnes jual baju ni adalah pembunuh. TIDAK!

Ia ialah 18th July. 18/7

Apa yg berlaku 18 july? Time tu 2003 (betulkan aku kalau silap okay kawan-kawan) 18 july 2003, kami kena denda beramai-ramai. ntah ada apa dgn denda tu. tp selepas kena denda, hubungan makin rapat n kami semakin obses dengan nombor 187. Sebenarnya, 187 ni seingat aku dicadangkan oleh FAHMIE . Selepas kami kena denda, dia cek jam digital murah beliau yg tertera '187' merangkap tarikh hari tu lah. Patutnya july 18th. tp jam dia jam murah , tarikh dia tulis 18 7. Haha! Jangan marah mie.

Itu kisah lama time sekolah menengah tu. sekarang, kami masih rapat dan masih obses dengan 187 yg kami sendiri kurang pasti apa sebenarnya motif number tersebut.


Ok, ni sejarah 187CLOTHING. ekceli aku ada tulis pasal clothing ni dulu. klik

yg ni versi lebih detail.. Cetusan idea utk berniaga jual baju dengan nama 187 dikemukakan oleh Farid. merangkap admin web blog IkanStim. Rancangannya memang nak berniaga dengan guna nama 187 sebagai brand. Sebenarnya, time kat sekolah dulu, 187 ni KONONNYA macam samseng sekolah budget hebat kat asrama yg digeruni oleh para junior . KONONNYA lah. Orang Sabah kata trip hebat seja. Haha

Jadi utk merobah persepsi junior especially, yg pandai-pandai melabel 187 ni samseng taik kucing sekolah, Farid came up with the idea "jadikan 187 ni empire business yg hebat" So, sebagai permulaan, bisnes baju ni la yg dipilih.

Ini list warga 187 clothing yg bersama-sama menghidupkan clothing ni:

Mohd fahmie akmal - buat design,
Muhamad firdaus abdul rahman - buat design,
Ahmad farid sainuri - pemodal, buat design
Faisal irshad harun - tukang kritik jgk
Mohd sabree - tukang kritik n support melepak bersama di tapak jualan baju



Dan ada la beberapa konflik yg berlaku, antaranya Farid tak bagi duit upah kawan-kawan beliau yg menyumbang buat design. tapi dah setel rasanya.. Kitaran duit yg slow menyebabkan untung lambat utk dikenal pasti. tula ada yg lambat dapat duit.



Kawan-kawan lain yg supportive gila, thanks! Ohya, skg ni shah, jayz dah turut serta guna label 187 utk jual design dorang. So, customer akan disaji dengan lepelbagaian design dari 187 pada masa akan dtg.


Labuan crew



--
P/s- aku sengaja tulis entri ni supaya aku ingat kenangan time muda-muda dulu. Sorry lah kalau ada yang terbaca. Hehe.

4 comments:

H a n e y S i z u k a said...

ooooowhh gini plak cetanya tu.

pka said...

ohh farid.
teruskan perjuanganmu!
(:
im still remember i fall in love dh dolat tee design.
tp 187 ttp hebat! =D
tp crita sbnr adlh crita d sbalik kejadian.
daws resign sbb dia sgt busy dn tekanan makin melanda naik sem3.
malah band nya jgk tertangguh-tangguh selama beberapa minggu dn bulan =/
itu adlh crita yg ku dgr-dgr.
maklumlah aku ni reporter yg sgt busybody hihih.

hadio said...

hahaha bab upah tu xleh blah~

Admin said...

beginila tu crita nya..