Popular

Perut Ikan

Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Famous Amous Postonsos (P)


Malas yang teramat sangat nak update blog. Salah satu sebabnya tiada material yg menarik. Tak kan nak update pasal trial DSAI dengan Saiful ? Dah la lawak, tak logik pulak. Asyik liwat, sakit tak? rela atau paksa? ada mandi wajib tidak? sembahyang jumaat ada mandi wajib? lepas tu hakim menghilang time nak trial. Bosan.

Piala Thomas? ehm.. agak menarik, tapi sejujurnya, penulis IkanStim.com bukanlah peminat badminton mahupun bola sepak. Tapi I'm looking forward to world cup 2010. Sebab nak tengok siapa menang pertaruhan. Maklum lah, Malaysia dah luluskan lesen judi untuk world cup ni kat Berjaya Group.

Haih, nak update pasal apa ni??

Advetorial pun belum ada dateline. I got no material at all! Tapi, thanks to blogger-blogger UTP yg rajin mengupdate blog memberikan penulis cetusan idea untuk menulis tentang bloggers UTP. Memang ramai femes bloggers kat sini, walaupun tak sefemes justkhai dari LUCT, tapi ada la a few yg 'agak' femes dalam dunia blogging ni berkampung kat UTP. Nak tau siapa? Eh, btw, fyi, UTP tu ialah Universiti Teknologi PETRONAS. I bet ada yg tak tau UTP tu apa. IkanStim pernah tulis entri pasal UTP dulu: klik .Ok, berbalik kepada femes blogger UTP, memperkenal kan:

Dua perkara yang orang Islam Sangat Suka (P)

Rasa-rasanya, apa dalil-dalil naqli yg orang islam suka guna? Antaranya, La ikrahafiddin.. Dalam bahasa melayu nya, tiada paksaan dalam beragama. Kenapa orang Islam suka? Sebab, ada yang salah ertikan dalil ni dengan tidak boleh memaksa seseorang tu untuk melaksanakan apa yg Islam nak. Sedangkan dalil ni refer to orang yg belum memeluk Islam. Maknanya, dia tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Walau bagaimanapun, ada yg salah guna. Contohnya bila kena puasa, "TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM! tak boleh paksa aku nak puasa!" haha.


Kehidupan Seorang Blogger? | Edisi Mesti Baca! (P)

Kalau Justkhai.com asyik menulis tentang diri beliau yg kini seorang usahawan siber melalui rangkaian oh media nya, Ikanstim.com juga ingin berkongsi sedikit sebanyak realiti menjadi seorang blogger. Ekceli I don't think i am a blogger sebab i rarely blog. I upload pictures and share interesting articles i got from the internet. My purely posts boleh dikira dengan jari kaki sahaja. Tapi, tak kisah la kan.

1

Well, setelah beberapa tahun membangunkan IkanStim.com, semakin ramai lah yg mengenali blog ni. Dari Sabah, saaaaaaaaaampai la ke Perlis. Dari UITM saaaaaaaaaaaaaaaaaaaampai lah ke UTP. Dari Nokia saaaaaaaaaaaaaaaaaaampai lah ke TMnet. Yup, TMnet. Ingat lagi entri pasal chaos di Bukit Bintang? atau pun, flash mob dalam cinema? atau.. 5 sebab kenapa perlu pegi Sunway Pyramid ?

Teka Teki (Siapa dapat jawab dia.. ) (P)

Pernah tidak korang bukak semua-semua benda yg perlu dibukak kat internet sampai web browser korang jadi hang? Macamana caranya untuk bukak semua website yg korang bukak hari-hari macam Facebook, Twitter & etc guna satu tab sahaja? jeng3.. jawab-jawab!



jawapannya...



Kadang-kadang kalau guna Mozilla, dia akan tulis "Not Responding" bila banyak sangat tabs kena bukak. Pastu korang stress dan akhirnya terpaksa bukak balik satu-satu. Facebook, Ymail, Gmail, Twitter one at a time. Ekceli IkanStim.com bukan lah tempat persinggahan untuk rujuk benda-benda tutorial, how-to atau 101. Ni cuma nak kongsi sikit la. Manala tau memudah kan korang .. kan? Boleh jugak anda semua try test. Kita baca sikit review kawan ikanstim.com: Hadio

Aku dah tak payah bukak tab Musang Berapi banyak-banyak tahap tren KTM dah, aku boleh check surat elektronik, Mukabuku, Pentwit, Ruangku dan lain-lain lagi semua kat satu website ni je. Dahsyatnya pulak tu bolehlah pulak hantar SMS dari situ, isk siap dengan kredit free lagi RM5.

Perghh sape tak terlopong bulat mulut dibuatnya, kan? Haa korang baca ni pun dah ternganga tiga segi~ Tenang tenang semua, aku tak kedekutlah, ni aku share haa website tu; klik sini (Guna internet explorer yg latest. Kadang-kadang tak berfungsi guna Mozilla)


Whoa! Kan betul terlopong bulat tu mulut korang. Aku budak baik, mana ada tipu punya. Korang register ah dekat iTalkWhoa! tu, then korang pun boleh hidup dengan tenang dan gembira macam aku, cuma pasal kacak tu aku tak dapat tolonglah. Nanti lepas dah register, korang verify email, lepas tu login. Dah login akaun sana nanti, interface dia senang je korang nak explore, serba-serbi ada kat tepi tu, one click away je orang putih cakap. Lagipun, atas tu ada "Help". Apa-apa masalah korang boleh je rujuk situ. iTalkWhoa! ni memang power, korang tak tanya lagi, dia dah bagi jawapan dah, tunggu korang search je. Haa terlopong lagi mulut tu~




Semoga korang mendapat manfaat daripada iTalkWhoa! ni. Ni barang baik punya. Barang baik kenalah share, asyik mahal je sape nak layan kan? Ni kredit free RM5 lagi kot dapat. Tahniah kepada aku sebab dah ada iTalkWhoa! Hoho. Korang mesti jeles, kan? Cepat-cepatlah register.

Menarik kan? Cekedout!







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Thank You Najib (P)

Cuba teka dimana? KL central? KLIA? LCCT?


jawapannya..


This is Puduraya ya'll! selesa kan? dah ada waiting area. Tak la sesak-sesak lagi nak cari seat.





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Midsem Break? Give me a break! (P)

Asal balik rumah mesti jadi malas nak update blog. Rumah membuatkan sendi-sendi di jari jemari ini malas untuk menekan keyboard. Warghh. Nah, ini sedikit rentetan perjalanan cuti mid sem pemilik IkanStim.com.

Untuk balik ke Sabah, perlu lah aku untuk membeli tiket kapal terbang sebab tidak ada tiket naik feri/bas/kayak/whaler/motorboat di jual untuk pergi ke Sabah dari Kuala Lumpur. So kawan-kawan, jangan tanya soalan bodoh " Naik apa? " bila aku mengatakan bahawasanya aku ingin pulang ke kampung halaman. Sebelum ke KLIA, perlu singgah ke KL Central dulu sebab ada temu janji dengan awek. Eh, dengan supplier baju-bajuan untuk Campus Life . Time sembahyang subuh/maghrib tak ingat, terserempak anak-anak ini di surau KL Central yg hanya bukak at 5.30 am-7.30 am lepas tu di kunci. Kemudian dibuka semula untuk zohor dan asar dan ditutup at 11pm.


Comel kan yg kecik tu

Makan tengah hari dan minum petang bersama insan tersayang seketika dan mengucapkan selamat tinggal untuk menaiki ERL. Dengan tiket ERL RM35, anda boleh check in di KL Central. Sangat memudahkan pelanggan MAS. Yela, tidak terdaya diriku untuk mengusung bagasi seberat 24++ KG naik bas. Baik check in terus.


Ya, 24kg ++ tee kosong shj. Semata-mata untuk CAMPUS LIFE

Setelah tiba di Kota Kinabalu, baru lah aku sedari bahawa kemarau yg melanda Sabah agak teruk. Oh pencipta alam semesta, turunkan lah hujan di bumi yg melanda kemarau ini.. amin. Mari saksikan sedikit peristiwa cemas yg berlaku:


terima kasih bomba


terima kasih rescue 999


tak cemas? memangla. time cemas-cemas tu mana sempat nak keluar kan N70 untuk snap-snap gambar. adoi.


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

IkanStim's Latest Update (P)

Projek terbaru dengan Mr Hafifi:


http://img195.imageshack.us/img195/7113/headerstroked.png
To Campus Life blog: Click here


Kempen berterusan:

http://img694.imageshack.us/img694/3168/editcopy.png
To Rumah Putera Harapan Blog: Click Here



Akan datang: New advertorial (biarlah rahsia)




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Malas (P)

Hi semua. malas betul nak update blog. part ke iii pasal blog pun belum lagi di sambung. baca-baca lah dulu part i dan ii ok?

dan ini sedikit pengumuman, sesiapa yg berminat untuk jadi pengiklan, boleh contact aku melalui email, shout box, comment atau apa-apa cara lah. Bayaran di buat based on traffic. Male bloggers only. ASAP tau!

ni untuk para perokok:



apa barang kecik-kecik. memang dasar alladin la.


yeah! ni nama nya penunu bunsen. bukan lagi lighter. haha


-Courtesy of Kalip and asraph

Buat Duit: Public Mutual | Takaful Malaysia | Blog Part II

Salam. Walaupun ramai yg singgah ke blog IkanStim, tapi tak ramai pula yg meninggalkan komen., Tapi tak kisah lah. Asalkan ada yg membaca dan dapat sedikit info. Untuk perbincangan lanjut boleh tinggalkan pertanyaan di ruangan komen atau shout box. Mari kita sambung entri sebelum ini.

Kalau beberapa hari yg lepas ada aku huraikan sedikit mengenai Public Mutual, kali ni aku kongsi sedikit mengenai Takaful Malaysia. Bukan Takaful etiqa atau takafuk ihklas ok. TA-KA FUL MA-LAY-SIA.

http://www.theislamicbanker.com/images/takaful_malaysia.jpg

Takaful ialah alternatif kepada insuran konvensional. Jangan salah sangka ya. Bila sebut takaful, bukannya merujuk kepada Syarikat Takaful sebenarnya. Itu ialah sistem yg digunakan oleh Syarikat-syarikat takaful. Dan bila disebut Syarikat Takaful Etiqa atau Ikhlas atau Syarikat Takaful Malaysia, jangan assume syarikat-syarikat ni dalam satu syarikat. Setiap diorang ni berbeza-beza.

Bagaimana menjana duit dengan Syarikat Takaful Malaysia?


Setakat pengetahuan saya, ada satu cara saja. Setakat yg aku tau lah. Jadi agent takaful. Ada dua jenis agent. Pertamanya, agent biasa atau dipanggil (Takaful Financial Consultant) TFC. Keduanya, CAGT .. tak ingat what CAGT stands for. Tapi dalam bahasa melayu nya korporat agen Takaful Malaysia.

Bagi TFC, tidak semua produk boleh dijual. Berbanding dengan CAGT, semua produk boleh dijual. Tapi ada minimum requirement lah untuk dapat title CAGT dan aku tidak akan mengulas lanjut pasal tu. Aku fokuskan kepada cara buat duit sahaja. hehe

Oleh kerana terlalu banyak produk perlindungan yg ditawarkan Syarikat Takaful Malaysia, aku kongsia apa yg setakat ni aku buat under lesen Korporat Agen. Boleh?

1) Insuran kereta

Ini produk paling mudah dijual tapi benda ni bermusim. Sebab orang renew insuran kereta cuma setahun sekali. Macam tanam durian la lebih kurang. Bukan setiap hari boleh dituai. Kalau nak tuai setiap hari, boleh usahakan jadi consultant Public Mutual (rujuk entri dulu) atau jual produk lain seperti Personal Coverage. Ala.. yg macam drama-drama isteri bunuh suami utk dapat duit insuran tuuu. Itu lah personal coverage.

http://s.lowyat.net/uploads//attach-52/post-205752-1223912682_thumb.jpg
Biasanya kereta besar-besar bayar 1k - 700 ringgit setahun untuk insuran. Bergantung pada umur kereta tu lah. Dan setiap bayaran yg dibuat, agent akan dapat 10%. Kalau seseorang tu bayar 1k, agen dapat RM100. Banyak kan? Ada agen yg dapat urus 5 kereta sehari. Dapat la 200-500 ringgit sehari.

Produk ni paling mudah dijual sebab pemilik kereta TIDAK BOLEH renew road tax selagi kereta tu belum di insuran kan. Jadi benda ni macam penjual Ais Batu Campur ABC. Diorang tidak boleh jual ABC kalau tidak ada ais. insuran kereta ni waaaaaaaaajib dibeli. Ada jugak agent yg buat duit lebih dengan menawarkan service buatkan roadtax sekali dengan bayaran tambahan RM10-20 .

2) Insuran Group Coverage

Produk ni pulak berkaitan dengan insuran berkelompok. Cuti sekolah ni, banyak program-program yg dilakukan. Jadi, agen-agent insuran kena ambil peluang untuk mendekati persatuan-persatuan atau apa-apa pertubuhan supaya ditawarkan untuk mengurus insuran diorang. Ok-ok, begini situasi nya:

Rakan Muda Inovasi cawangan Kulim akan buat lawatan ke Kilang Intel di Langgar. Perjalanan mereka bermula dari Kulim ke Langgar dan sepanjang program berlangsung di Kilang tu boleh di insurankan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan. Setiap program memang disediakan peruntukan khusus untuk insuran para peserta. Jadi program-program ni ibarat lubuk emas lah. Macam tender yg menunggu orang datang ambil saja.

http://www.isn.gov.my/portal/images/stories/lawatan_apr%20(4).jpg
Sekadar gambar hiasan


Biasanya persatuan akan ambil cover yg sederhana: RM4/head. Program pula biasanya disertai 80-100 orang. Katakan ada 100 org, (100 x 4 = RM400) . Seingat saya, komisennya 20%. Dapatlah RM80. Time Cuti sekolah kadang-kadang sebulan tu ada 10 program. Andai kata setiap program RM80, 1O program dah dapat RM800. Tapi networking kena baguslah.


Setakat ini sajalah perkongsian mengenai Takaful Malaysia . Saya pun tidak ada banyak pengalaman dalam bidang ni. Tapi pernah buat dan dapat la sedikit income. Kalau ada penambahan atau ralat untuk diperbetulkan, jangan malu-malu tulis di ruangan komen atau shoutbox.












Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Buat duit: Public Mutual | Takaful Malaysia | Blog Part i (P)

Notis: Entri mengenai pengetahuan kewangan yg basic-basic sahaja dan entri ini agak panjang.

Salam, I rarely write someting about me in IkanStim.com. Memandangkan dah ada label "Peribadi", boleh la tulis something about myself kan? hehe. Ohya, benda-benda bisnes ni aku ada kongsi di blog yg satu lagi: Bisnes Harian .



[PUBLICMUTUAL.gif]


Ok, berbalik kepada tajuk entri, adakah anda semua tahu apa itu Public Mutual? Anak syarikat kepada Public Bank yg telah lama wujud di Malaysia (sejak 1980). Public Mutual menyediakan platform untuk kita semua (yg berumur 18tahun keatas) melabur dalam amanah saham selain daripada ASB. Ini bukannya pelaburan cepat kaya atau bisnes jual ceramic. Boleh disimpulkan Public Mutual ni ialah amanah saham lah. Apa yg baiknya tentang Public Mutual?


  1. Untung lagi besar: Prestasi yg semua sudah maklum lebih baik daripada ASB. Terdapat kes pelabur memperoleh 20% pulangan selepas 3 bulan pelaburan.
  2. Lebih transparent: berbanding kepada ASB, kita tidak tahu dimana di laburkan dan berapa service charge. Setiap dana ada service charge tersendiri. (Boleh diperiksa di laman web Public Mutual)
  3. Halal: Untuk pelabur beragama Islam, terdapat dana-dana islamic yg telah diluluskan oleh panel lembaga pengarah shariah. ASB sendiri tidak mempunyai panel lembaga shariah.


[151220081109.jpg]
Sekadar gambar hiasan


Bagaimana untuk menjana duit dengan Public Mutual?

Kaedah 1: Melabur lah dengan Public Mutual
Kaedah2: Jadi consultant Public Mutual


Kaedah 1: Ramai yg tidak mempunya modal yg cukup untuk melabur in term of to gain big return. Jadi kaedah 1 boleh diguna pakai untuk kita lindungi nilai wang yg semakin berkurang dari tahun ke tahun. Maksudnya, kalau kita ada RM3000 sekarang, nilainya akan susut pada masa hadapan. Bila kiTa melabur dalam amanah saham (yg pulangan nya lebih tinggi dari nilai inflasi), kita dapat selamatkan nilai wang kita dari susut nilai. ASB, skim epf sekadar cukup-cukup kurangkan susut nilai wang kita. Obviously ini long term investment kan?

Contohnya: ASB declare 8% dividen tahun ini, dan nilai inflasi 4%. Jadi, kita masih untung 4%. Berbanding Public Mutual yg mempunya track record pulangan 10% hingga 25% . Dan bank pula berikan 2-3% .Mana satu yg anda akan pilih?

Kaedah 2: Mendaftar sebagai consultant membolehkan anda menguruskan pelaburan orang lain. Dan setiap pelaburan yg anda urus, anda akan mendapat komisen. Biasanya consultant yg average ( jenis pemalas. haha) dapat urus pelaburan 1-5k sehari . Consultant akan dapat 2% daripada jumlah pelaburan yg di urus. Andai kata RM1000, consultant akan dapat RM20. Sikit kan? haha. Kalau sehari dapat urus pelaburan RM5000, sebulan dah dapat RM3000. Ok la tu.


Dan itu cara admin IkanStim.com buat duit dengan Public Mutual. Kaedah 1 dan 2. Kalau nak extra info, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen atau shout box.


Ok, cukup setakat ni dulu. Nanti kita sambung untuk part Takaful Malaysia dan Blog pada masa akan datang. cewah.







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Minta Maaf Majalah Mastika (P)

Hello semua

Minta maaf banyak-banyak sebab terlalu lama tidak mengupdate IkanStim.com dalam satu tempoh yg saaaaangat lama. Lama ka? Aku tau perasaan bila kita suka certain blog, pastu kita hari-hari lah pegi usha untuk tengok update terbaru. Tengok-tengok, entri sama ja. Tak da update. Rasa macam geram pun ada jugak. Kan? ( or aku sorang ja yg rasa macam ni? hahaha )
Minta maaf jugak kepada yg menyertai peraduan komen dan menang yg aku masih belum decide siapa pemenang nya. Aku cuba sedaya upaya umumkan pemenang dalam mingu depan ya.


http://lh6.ggpht.com/_ZFWJKIQwxjo/SomE5AJ4UkI/AAAAAAAAAeU/thw6GIn_aow/s400/Mastika_April_2009.jpg


Ok, berbalik kepada tajuk entri. Mastika. Siapa yg tak tau Majalah Mastika? Dari ke nenek sampai ke cicit. Mesti kenal punya malajalah ni. AL maklumlah, majalah NO1 kat Malaysia. . dan seperti semua sedia maklum, IkanStim.com punya unique claim ialah "Lebih baik dari Mastika". Antara sebab aku tidak menyukai Mastika adalah kerana kebanyakan artikel-artikel nya terlalu remeh dan in yang orang kita suka baca ( i said kebanyakan ok. Bukan semua. ada jugak artikel yg bermanfaat). Contohnya macam gambar kat atas. Lebih kurang macam menyampah bila tengok Majalah Mangga. Tapi kalau nak dibandingkan Mangga dengan Mastika, Mastika jaaaaaaaaaaauh lebih elok di baca dari Mangga tu.

Kenapa nak minta maaf kat Mastika?

Baru-baru ini penerbitan Mastika telah menghantar email untuk menyaman IkanStim.com kerana memburuk-burukkan Mastika di internet. Kami dah bertarung di mahkamah dan tahniah kepada IkanStim.com kerana berjaya memenangi kes tersebut. Walau bagaimanapun, semua ini cerita tipu sahaja.

Abaikan

Niat sebenar untuk meminta maaf kepada pihak Mastika adalah kerana Mastika sebenarnya merupakan antara wadah kebangkitan semangat nasionalisme ketika era kemerdekaan. Perjuangan para wartawan Mastika sangat tulus demi membela nasib orang melayu ketika itu. Jadi, adalah sangat kurang ajar untuk aku yang kerdil ini menghina majalah yg pernah berbakti kepada negara. Minta maaf MASTIKA. Tapi maaf ini hanya untuk Mastika zaman tu lah. Untuk Mastika zaman ni, i say, IkanStim.com is better than you. hehe

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjouLoVrh9UilTA9JkS_SoI2zdiZh5Aktku8vIelG-QSboUgiqlOpDnJ28kYDATGtvr81DxyoY8Xy8He4GH41ebMKwrwlC86i6EOBlisV0wMBBSBgVrvuOtVjF2VPsPTNYHNNJug99OUes/s320/mastika.jpg
Jatoh Bangun orang2 Melayu. Mastika 1968


Seriously aku tidak menghina kredebiliti wartawan yg bertungkus lumus buat kajian, temu ramah sana sini untuk siapkan satu artikel. Malah, aku sendiri barangkali tidak mampu buat macam tu. Cuma, carilah cerita yg agak perlu diketahui umum dan sampaikan lah secara professional. Bukan nya di hype kan sampai issue yg serius pun telah dipandang serong oleh masyarakat. Contohnya issue budak melayu makin hancur. Ramai ibu bapa yg tidak tahu apa yg anak-anak mereka buat dengan kawan-kawan. So bila Mastika reveal, its good lah. Parents should know. Issue ini perlu diketahui umum tapi, Penyampaian tu biarlah nampak cool dan matang. Bukannya sensasi macam "Zakiah anas berkemban dalam hotel"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnZA7xnc3xKG3OmGT9TKOESK4agN6BS_srqpfNaMejZPfLeULT3cjQ0V-v7l5-jhYVXd5FKCAiGeolUS6M7daDcLkklkbJ7pxH1tE44C5wnZa5n99QrjwNETCq_eUhvGOE2T7tCGjj5bQX/s320/Mastika+(+Ogos+2008+)_Page_01.jpg
Wahh. sensasinya! macam majalah porn pun ada jugak

Ini merupakan pendapat peribadi aku, dan ini hak aku di bumi Malaysia yg mengamalkan demokrasi. Minta maaf kalau terkasar bahasa, dan minta maaf mastika kerana perlekehkah jasa majalah ini di era pasca kemerdekaan.(sebab aku condemn Mastika as a whole. sedangkan dulu, mastika ni bahan bacaan yg agak hebat)

Untuk Mastika sekarang ni, anggap lah pendapat ini sebagai respon pembaca terhadap majalah anda. (Ceit, kantoi la aku baca Mastika)


P/s- Selamat Hari RAYA!



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Bulan baru | New Moon (P)

Dikala mencari mood nak study, terklik pulak iklan New Moon twilight saga : The War Begins (?!).Walaupun Nuffnang tak suruh klik iklan sendiri, aku nak tau jugak apa yg dorang tengah promo kat blog kita kan? So rupa-rupanya trailer je pun. Dan aku dapati banyak scene lelaki tak pakai baju. Haha. Aku tak paham betul la. Ni mesti nak saji para penonton filem ni yg majoritinya berjantinakan perempuan.


http://www.iwatchstuff.com/2009/04/22/new-moon-wolf-pack.jpg
yg paling kanan sekali tak cukup beketul


Lelaki di exploit, wanita di exploit. Kalau tengok Jennifer's Body lagi la teruk. Memang movie tu untuk menayangkan keseksian Megan Fox selama sejam lebih. Saja letak added value kat movie. "Saksikan filem terhebat abad ini dan nikmati pemandangan indah selama sejam setengah!" Instead of movie sahaja, dapat jugak benda-benda lain. Added value la tu kan?

Apa apa pun, untuk pengunjung IkanStim.com yg tidak tahu apa itu Nuffnang, Nuffnang merupakan medium antara pengiklan dan pemberi tapak iklan. New Moon nak mengiklan kat IkanStim, so diorang contact Nuffnang untuk uruskan. Jadi pemberi tapak iklan which is me, akan dibayar oleh pengiklan mengikut rate per klik atau per impression. Jadi, kalau ada website or blog dan nak buat duit poket sikit-sikit, register la Nuffnang. Free Of Charge. Orang Sabah kata Free of chass. Selamat mencuba!




p/s: Harga emas dijangka akan melambung sekali lagi. Tak nak melabur?



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

U buntu? I lagi Buntu (P)

baby05


Seriously minggu exam ni memeningkan kepala. Sem ni patutnya score sebaiknya sebab nak digunakan time apply intern. Wargh?! Stresss! Btw, im thinking of applying intern at Naza World. Sangat mengagumi founder nya. Tapi boleh ka apply intern kat situ? ada sesiapa yg tau?

Tujuan entri ni ditulis untuk mintak pendapat para pembaca/ penonton IkanStim.com , macamana nak decide pememnang untuk peraduan Komen Dan Menang ni? Tekanan exam menyebabkan otak ni susah nak jadi kreatif. Dahla melepas screening film 2012. Free ticket pulak. Otak jadi serabut, emosi jadi tak stabil. Adakah aku mengalami PMS? -.-'

Bagi sesiapa yg punya masa dan kreatif, tolong lah diriku ini untuk menentukan pemenang nya ok? Terpaling creative ialah yg kita cari. Nanti kalau tak bagi hadiah, orang kata penipu pulak. aiyoyo.. Saya buntu dan tak da idea. Bantula saya! Tolong secepat yg mungkin ya? Dah 3 hari peraduan ni berlalu..

P/s- ekceli, idea nak buat peraduan ni datang spontan. Ramai pulak yg join, proceed terus lah. Sekarang takda idea nak decide siapa pemenang. waduh- waduh




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Hadiah misteri dari IkanStim.com (P)

7 copy


Salam,
Lama dah tidak mengupdate ikanstim ni. Oleh kerana terlalu bz, tiada masa senggang untuk di sia -sia kan dengan mengupdate blog. (sia-sia ka?) apa-apa pun, jangan lupa untuk komen entri ni ok? ada hadiah misteri untuk komen paling kreatif. Tidak ada limit. Seorang boleh submit sebanyak mungkin komen. Bahasa apa nak guna pun tak kisah. Setakat ni aku rasa aku dah ada pemenang. Tapi kita tunggu sampai 10hb Nov lah. Itu last day untuk submit komen ok kawan-kawan. Hadiah misteri menanti anda. (so jangan lupa tinggalkan apa-apa trace eg. link blog, email, phone number untuk ikanstim.com hubungi anda kembali)

selamat berkomen!

KLIK
untuk mengomen.. Good Luck!

"Kenapa abah tak guna alphard?" (P)

Salam & hi everibodi,

Akhirnya ada jugak sedikit masa senggang untuk berblog. Sebelum ni packed dengan kerja-kerja assignment dan datelines yg nak di kejar. Bukan sahaja dateline untuk assignment, malah dateline untuk kerja memblog. Blogging pun ada dateline? Yup. Adaaa. Siapa kata tak da? Ohya, kalau korang yg tinggal kat KL free sabtu and ahad ni, singgahlah Sunway Pyramid. Tomok nak bagi duit. Dia kan jutawan OIAM. Boleh baca disini : KLIK

Apa-apa pun, merujuk tajuk entri pada hari ini, Ingin aku kongsikan sedikit bacaan aku di saifulislam.com


New_Toyota_Alphard_4 copy


Eh, entri ni tiada kaitan dengan abah aku ok.
Kami takda Exora pun. Saja letak quote tu. Tergerak hati aku untuk mengulas balik entri di blog abu saif mengenai anak nya yang membandingkan beliau dengan bapak saudara . Baca sekali terasa agak lawak sebab anak sendiri bandingkan kereta local bapaknya dengan Alphard ayah saudara. Terasa tercabar, geram, sedih, terkilan, terguris hati ini kalau dibanding sebegitu rupa. Haha. (macam la aku ada anak)

"Haram jaddah punya anak! Dasar tak tahu bersyukur! "

Kalau ikut kan nafsu sarakah, silap-silap boleh terkeluar ayat macam tu kat anak. Dari perspektif aku, itu merupakan satu cabaran. Betul jugak pertanyaan anak tu. Kenapa tak guna Alphard? tak cukup duit. Kenapa tak cukup duit? Sebab gaji kecik. Kenapa gaji kecik? ha.. lebih kurang begitu la. Mungkin kita boleh usahakan sesuatu supaya kita boleh jadi lebih berharta. Bukannya salah pun jadi kaya. Antara tanda kebahagiaan ialah rumah yg besar dan kenderaan yg selesa untuk keluarga.

Satu lagi pengajaran yg boleh diambil ialah jangan membanding anak. Bila ayah dibanding-banding kan, tersirap jugak darah tua ayah kan? Macamana pulak perasaan anak bila dibandingkan? Terasa macam selama ini, segala yg diusahakan tidak dihargai. Kan? Tapi tak salah pun untuk membanding, cuma cara nak trigger individu tu supaya membanding diri dia dengan individu yg satu lagi tu kena betul. Kalau kita sentiasa dalam comfort zone saja, memang tak da development la kan. Kalau tak kena caranya, bukan setakat moral seseorang boleh jatuh. Jati diri pun remuk luluh terburai di kala subuh menyinsing. (huh?)




p/s- Pernah kah parents korang membanding-banding korang dengan orang lain? kazen ka, anak pak ali ka, jiran ka. Kongsi-kongsi laa~ fortunately, aku tak pernah kena. hoho.





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Di belakang tabir (P)

amat
statement tipu tu. I do read Mastika kalau terlalu bosan




Apa kabar semua?
Adik manis, abang kacak, pak cik mak cik, datuk datin dan nenek atok sekalian. Korang semua sihat walafiat?


Entri ni agak janggal kalau nak dibandingkan dengan entri-entri yg ada dalam IkanStim.com sebab dilabel kan sebagai "P". Stands for Peribadi. Label terbaru dalam IkanStim.com untuk korang semua baca. Tapi kalau tak nak baca pun tak pa. Aiman tak kisah. Kalau aiman kisah pun, aku tak kenal pun Aiman tu siapa. Jadi apa aku kisah? Haha.


Sebenarnya, aku tidak berminat nak berkongsi hidup aku dalam blog sebab bagi aku blog peribadi ni macam "poyo". No offense ya kawan-kawan. Tapi kalau nak buruk-buruk kan blog peribadi @ online diary ni pun tak guna. Sebab banyak blog peribadi yang best-best belaka. Walau bagaimanapun, kalau hidup tak cukup menarik untuk dikongsi, baik tak payah kongsi kan? Jadi jangan risau ok. Aku akan share benda-benda yang menarik sahaja dalam hidup aku. Yang tak menarik aku tidak akan dokumentasi kan.


Untuk first entry dalam label Peribadi ni, aku nak kongsikan pengalaman berblog selama 1 tahun setengah ni. To be honest memang tujuan utama aku menulis blog ialah untuk buat duit. Aku kenal Nuffnang dulu, baru buat Ikanstim.blogspot.com. Siapa tak nak duit? So i give it a try lah. Unfortunately, blog ni tak cukup famous. Haha. So earning pun tak banyak mana dan sangat slow. Tapi aku teruskan jugak hingga ke hari ini. cewah. Dapat lah sikit-sikit. Boleh buat beli Civic R sebijik. Hehe. Nampak sangat tipu kan?


nak tau berapa income blog ni? mana boleh bagitau!


For the time being, im working for a client untuk promosikan event terbaru dorang. Kalau ada entri yg berbau promosi tu, paham-paham jela. Dah kena offer advertorial, berbayar pulak, mesti la accept kan? Insya Allah pertengahan bulan November campaign tu tamat. Harap-harap tak da masalah. Fyi , ini bukan dari Nuffnang ya. Ni dari syarikat lain. Kalau aku dapat offer dari Nuffnang, mesti blog aku ni penuh dengan gambar aku pegi launching itu, launching ini.. macam blog kennysia.com, redmummy.com dan yg seangkatan dengannya. Traffic tak mantap, HARAM nak dapat offer dari Nuffnang kan?


Zaman awal-awal bukak blog memang asyik cek duit kat NN (Nuffnang) je. Hari-hari cek berapa sen masuk. Haha. Memang mata duitan betul. Tapi sekarang ni macam dah kurang kisah sangat. Bukan tak kisah . Sebab dah ada niat lain ber blog. Selain nak buat duit, i want to share the information on the internet. Korang boleh baca entri ni: klik kenapa perlu ada website sendiri @ blog. Harap-harap aku boleh perbaiki lagi penulisan dan perkongsian aku dalam blog ni supaya korang semua kekal jadi pembaca setia IkanStim.com dan promo kat kawan-kawan yang lain. Kalau ada yg kurang atau tak best, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen. Tak pun tulis saja kat shout box. Mesti dilayan.


Ok lah, cukup setakat ni. Kalau entri dalam label peribadi ni tak dapat sambutan, maknanya hidup aku tak menarik la tu. Haha.


p/s- Korang nak tau label apa yang paling femes kat blog ni? 18SX dan 21 SG. Ish ish ish..





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Harga emas 2009 | Melabur dalam emas?

Salam

Lama dah tidak meng update blog ikanstim. aku menulis di kala tidak mempunyai mood utk study time tengahari yg panas (mentari tronoh sangat panas. apa-apa pun, kalau anda semua perasan, ada graf kat sebelah kanan blog ni. dia tulis world gold price kan? haa..itu lah harga emas dunia semasa. kenapa perlu tahu harga emas semasa?

Emas ni harga dia sangat kukuh. memang terbaik la kalau nak di jadikan aset. tahu tak yg ringgit malaysia dah jatuh? 1 usd = rm 4 ++ .. sejak gawat ni, currency pun boleh jatuh. utk mengekalkan nilai duit yg anda ada, belilah emas. bukan emas perhiasan tu. emas yg memang di jadikan utk trading. cthnya : kijang emas yg dikeluarkan oleh bank negara.

Google la sendiri kalau nak tahu pasal kijang emas. entri ni cuma nak bagitau semua, selain dari mutual funds, emas jgk boleh dijadikan pelaburan.

p/s- semalam harga dah jatuh mendadak. sepatutnya minggu ni dia akan naik. mungkin jgk akan mencecah 1000usd / oz


Keroro dan Kururu (Peribadi)

RM46 dihabiskan utk katak dua ekor ni

katak kaler kuning ini namanya KURURU. kukuku..

katak hijau merangkap sarjan. KERORO GUNSO. berdiri megah sebelah 
bola tennis

oh yeah! aku sungguh OTAKU. sumimasen. 
nk kumpul rm200  utk beli satu set. 5 ekor katak keroro gunso.ingin menderma?





Growball cinema | GSC (P)

What will happen if I dont want to spend my money on cinema ticket?

My infected laptop with the LCD projector

Epson emp730 lcd projector. government's

Mesir = USA = Syaitan = Zionis (Peribadi)

Salam,

Adakah kamu tahu bahawa tidak semua yahudi itu zionis? Sebenarnya aku sendiri tidak terlalu jelas apakah itu zionis dan yahudi. Tapi yg pnting,tidak semua yahudi zionis

Adakah kamu tahu bahawa USA menyelar tindakan HAMAS melancarkan roket ke bandar-bandar israel? dengan sebab itu, mereka menolak resolusi yg dibuat oleh liga arab untuk menekan PBB melaksanankan genjatan senjata di gaza. Adakah kamu tahu antara sebab zionis melancarkan serangan terhadap gaza kerana pada februari akan datang, israel akan menghadapi pilihanraya.

Oleh yg demikian, tidak akan ada tentangan dari pihak israel sebab majoriti penduduk yahudi menyokong serangan ini ( kalau ada pihak yg mengutuk tindakan zionis, pihak itu tidak akan mendapat undi) Kalau zionis buat time bukan pilihanraya, ada kemungkinan, wakil rakyat/politikus/pemimpin dia sendiri pergi membantah

Adakah kamu tahu mesir baru saja meluluskan dana 50juta USD untuk menyelamat kan penyu laut?


Adakah kamu tahu hospital terbesar di gaza kekurangan gas untuk memasak, bahan makanan, kemudahan perubatan? Ramai yg perlu keluar dari gaza untuk berubat tidak dibenarkan oleh zionis

Kalau zaman hang tuah dulu, kita gelar ini adalah penjajahan. Zaman kita ni kita panggil, penyembelihan
Diorang nak bunuh semua.

Oleh itu, sila lah menyumbang kepada aman palestin. mereka bertanggungjwab menyalurkan dana-dana yg disumbangkan oleh malaysian kepada rakyat palestin.

Khidmat masyarakat ini di bawakan oleh IkanStim.