Ni la akibatnya kalau malas pegi sekolah.
Sumber : utusan.
NAIROBI, Kenya 8 Mei - Beberapa penyerang di Burundi dilaporkan memotong anggota badan seorang kanak-kanak albino berusia lima tahun dan mengorek mata ibunya atas kepercayaan bahagian badan mereka mampu memberikan kekayaan serta kejayaan.
Aktivis hak manusia semalam berkata, beberapa pembunuhan dan serangan yang berlaku baru-baru ini di Tanzania adalah bentuk keganasan jangka panjang terhadap golongan albino Afrika. Menurut Pertubuhan Palang Merah Kebangsaan, sekurang-kurangnya 10,000 berpindah dan bersembunyi sejak serangan ke atas mereka bermula akhir 2007.
Sejak itu, 57 individu albino dibunuh di Tanzania dan 14 yang lain di Burundi, kata ahli kumpulan hak Under The Same Sun, Vicky Ntetema. Ujarnya, pembunuhan itu ekoran daripada kepercayaan karut bahawa bahagian badan individu albino boleh memberi kekayaan dan kejayaan kepada seseorang.
“Bahagian badan dikatakan mampu memberikan mereka kuasa ajaib.
“Sesetengah menggunakannya sebagai pengorbanan manusia seperti yang disarankan ahli sihir,” katanya. - AP
Popular
-
Do still remember my entry about a girl who kills a kitten using her heels? klik . This time, I am sure it is not the same girl. But i thin...
-
Pihak IkanStim 2.0 tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku kepada pengunjung blog ketika atau sesudah melayari web blog ini. Re...
-
Innalillahi wa inna ilai hi raa ji u'n.. berita yg sangat mengejutkan. Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama ...
-
Ni la antara org yg aku kagumi, dia founder abathing ape! aku hanya mampu beli. hoody ciplak abathing ape shj.Kawan aku kata, yg ori ada kat...
3 comments:
gila~
memang gila
kompom gila..
Post a Comment