Kalau beberapa hari yg lepas ada aku huraikan sedikit mengenai Public Mutual, kali ni aku kongsi sedikit mengenai Takaful Malaysia. Bukan Takaful etiqa atau takafuk ihklas ok. TA-KA FUL MA-LAY-SIA.
Bagaimana menjana duit dengan Syarikat Takaful Malaysia?
Setakat pengetahuan saya, ada satu cara saja. Setakat yg aku tau lah. Jadi agent takaful. Ada dua jenis agent. Pertamanya, agent biasa atau dipanggil (Takaful Financial Consultant) TFC. Keduanya, CAGT .. tak ingat what CAGT stands for. Tapi dalam bahasa melayu nya korporat agen Takaful Malaysia.
Bagi TFC, tidak semua produk boleh dijual. Berbanding dengan CAGT, semua produk boleh dijual. Tapi ada minimum requirement lah untuk dapat title CAGT dan aku tidak akan mengulas lanjut pasal tu. Aku fokuskan kepada cara buat duit sahaja. hehe
Oleh kerana terlalu banyak produk perlindungan yg ditawarkan Syarikat Takaful Malaysia, aku kongsia apa yg setakat ni aku buat under lesen Korporat Agen. Boleh?
1) Insuran kereta
Ini produk paling mudah dijual tapi benda ni bermusim. Sebab orang renew insuran kereta cuma setahun sekali. Macam tanam durian la lebih kurang. Bukan setiap hari boleh dituai. Kalau nak tuai setiap hari, boleh usahakan jadi consultant Public Mutual (rujuk entri dulu) atau jual produk lain seperti Personal Coverage. Ala.. yg macam drama-drama isteri bunuh suami utk dapat duit insuran tuuu. Itu lah personal coverage.
Produk ni paling mudah dijual sebab pemilik kereta TIDAK BOLEH renew road tax selagi kereta tu belum di insuran kan. Jadi benda ni macam penjual Ais Batu Campur ABC. Diorang tidak boleh jual ABC kalau tidak ada ais. insuran kereta ni waaaaaaaaajib dibeli. Ada jugak agent yg buat duit lebih dengan menawarkan service buatkan roadtax sekali dengan bayaran tambahan RM10-20 .
2) Insuran Group Coverage
Produk ni pulak berkaitan dengan insuran berkelompok. Cuti sekolah ni, banyak program-program yg dilakukan. Jadi, agen-agent insuran kena ambil peluang untuk mendekati persatuan-persatuan atau apa-apa pertubuhan supaya ditawarkan untuk mengurus insuran diorang. Ok-ok, begini situasi nya:
Rakan Muda Inovasi cawangan Kulim akan buat lawatan ke Kilang Intel di Langgar. Perjalanan mereka bermula dari Kulim ke Langgar dan sepanjang program berlangsung di Kilang tu boleh di insurankan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan. Setiap program memang disediakan peruntukan khusus untuk insuran para peserta. Jadi program-program ni ibarat lubuk emas lah. Macam tender yg menunggu orang datang ambil saja.
Sekadar gambar hiasan
Biasanya persatuan akan ambil cover yg sederhana: RM4/head. Program pula biasanya disertai 80-100 orang. Katakan ada 100 org, (100 x 4 = RM400) . Seingat saya, komisennya 20%. Dapatlah RM80. Time Cuti sekolah kadang-kadang sebulan tu ada 10 program. Andai kata setiap program RM80, 1O program dah dapat RM800. Tapi networking kena baguslah.
Setakat ini sajalah perkongsian mengenai Takaful Malaysia . Saya pun tidak ada banyak pengalaman dalam bidang ni. Tapi pernah buat dan dapat la sedikit income. Kalau ada penambahan atau ralat untuk diperbetulkan, jangan malu-malu tulis di ruangan komen atau shoutbox.
Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!
3 comments:
sekadar mengomen dan meninggalkan kesan kehadiran.. heheh
huhh, x bpe nk mengerti la plak psl takaful yg ni. yg eyka amek takaful iklas. saving+insuran diri :) hehe tp dye x support la plak utk roadtax tuuu. tp besh gak kn law jd agen nie. kayaaaaaaaaa ! haha
eleh erie
haha
tak jugak kaya eyka. kalau usaha lebih dapat la duit lebih sikit.
berapa byr bulan2?
Post a Comment