Popular

Perut Ikan

Pelajar Pitam Dipukul Cikgu (U)






Noorsyafina menunjukkan cara Nur Syakira (tengah) dipukul seorang guru sambil diperhatikan oleh Zurnie di rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tiga pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di Chendering di sini pitam dan mengadu pening kepala selepas mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh seorang guru kelmarin.

Pelajar terbabit, Nur Syakira Roslan Afendi mengadu pening kepala dan pitam untuk tempoh beberapa jam sebelum dibawa pulang oleh ibunya.

Dua rakannya, Noorsyafina Sulong dan Zurnie Anissa Setapa pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Guru lelaki yang mengajar subjek Sejarah itu didakwa bertindak memukul ketiga-tiga pelajar terbabit kerana menyangka mereka tidak memberi perhatian di dalam kelas selain tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

Menurut Nur Syakira, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika mereka sedang mengikuti kelas mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut.

"Saya terkejut apabila guru lelaki itu bertindak secara melulu dengan memukul kepala dan leher saya kerana menyangka saya tidak menyiapkan nota yang diberikannya," kata Nur Syakira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini semalam.

Nur Syakira memberitahu, pada awalnya guru di sekolah tersebut tidak membenarkan dia menghubungi keluarganya.

Bagaimanapun, mereka terpaksa memanggil ibu Nur Syakira ke sekolah selepas menyedari keadaannya yang masih tidak stabil sebaik tamat waktu persekolahan.



Aku cukup pantang dengan cikgu-cikgu yang suka pukul budak ni. jaga la anak kau nanti cikgu yg jahat. mesti anak kau akan kena belasah oleh cikgu dia. sebab cikgu dia tu anak murid kau yg pernah kau pukul dulu-dulu. tak berpada langsung nak mendidik. pukul lah kalau perlu, tapi jangan berlebih. aishh






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

7 comments:

hadio said...

lwk tol, f5 pn ckgu pkul gtu hahahaha

Admin said...

itula sal
ntah2
dorg ni mmg bengap sgt la kot
haha

hadio said...

oit2 leklok cket eh
dak tganu tu hahaha

ana▲jonessy said...

stupiiiiidddddddddd so-called-educators!

boboiz said...

murid sekarang nie semakin menjadi2..tapi jgn lah pukul sampai pengsan...

Farzana said...

aish, nasib kami kena rotan macam hangin terkena tangan aja. bkn smpai pengsan2 sgl. itu pun sbb kami sdh biasa dirotan.

Admin said...

wahh.hebatnya
selalu dirotan?