Popular

Perut Ikan

Budak 13 tahun menjadi bapa? (18SX)


Ingat lagi entri ini? klik. rupa-rupanya, budak 14 tahun yg jadi bapa. whats the different? haha

Sah, budak 13 tahun bukan bapa



GAMBAR fail menunjukkan Alfie, Chantelle dan bayi perempuan bernama Maisie.



TYLER


LONDON - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Alfie Patten bukan bapa paling muda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Alfie menggemparkan rakyatnegara berkenaan selepas teman wanitanya, Chantelle Stedman, 15, melahirkan seorang bayi perempuan bernama Maisie pada Februari lalu.

Sebelum ini, Alfie mengakui pernah meniduri Chantelle tetapi ibu bapanya mendesak ujian DNA dilakukan bagi mengesahkan dia adalah bapa kandung Maisie ekoran usianya yang begitu muda.

Media mula melaporkan mengenainya selepas Majlis Perbandaran East Sussex County gagal dalam usaha mendapatkan perintah larangan mahkamah bagi menghalang kes tersebut disiarkan.

Ujian DNA sebaliknya menunjukkan seorang remaja yang tinggal berhampiran kediaman keluarga Steadman, Tyler Barker adalah bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu.

Dia dan seorang pelatih tukang masak berusia 16 tahun, Richard Goodsell diarah menjalani ujian DNA selepas mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan Chantelle.

"Saya meniduri Chantelle kira-kira sembilan bulan lalu dan bimbang bayi berkenaan mungkin milik saya. Saya dipersenda berhubung isu itu tetapi ia bukan sesuatu yang kelakar. Ia sesuatu yang serius," kata Tyler yang berusia 14 tahun ketika itu. - Agensi













Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

4 comments:

Khairieah said...

aisy ppuan tu kan, bkin susah org ja. hahaha

shakinah said...

hahaa.
same je.
xde beza kott.
just yg 13 tahun tu lg comei.
:P

ana▲jonessy said...

oh! aku pnah tgk ne vid d youtube. trus rsa seram2 ne. huii. mcmna la prasaan si alfie tu ah. ini la ne susah kalo promiscuous sgt. smpi x tau sepa bapa anak sindri. palis2!

Admin said...

haha
tula..benih di tabur merata-rata.