MANILA - Sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun telah dikesan di Filipina semalam, tetapi Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.
Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil. "Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.
Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.
Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.
Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi.
- Reuters
--
IkanStim 2.0 Says: Betul ke tak de effect langsung?
Popular
-
i was sitting on my bed, surfing the net. and i saw my blog friend sotchai linked kennysia with : kennysia- "everyone read it." ...
-
The radiation or the bombing?i dont know. u tell me Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!
-
Gambar pengantin baru . Anda sangka kan ini kerja photoshop? Fikir semula.. hehe tadaa! Comelkan? Ini bukti nyaaaa kebahagian mereka tahniah...
-
i was watching Buletin utama ( malaysia's 8pm news ) on tv3 while eating my mom's ayam masak oyster. buletin utama is reporting the ...
No comments:
Post a Comment