Popular
-
Q :kalau ada seorang tua umur 63 tahun mahu meliwat anda yg berumur 20-an, what will u do? A : ikut ckp dia. Kalau dia suruh bukak baju, buk...
-
Imej-imej yg akan ditunjukkan agak menggelikan bagi sesetengah individu. Seorang lelaki yg putus tangan berjaya menyambung semula tangan yg...
-
cuti ni, sapa yg nk cari aku, aku ada kat sembulan dkt blkg restoren sutera bayu. jadi bos yg xbduit. haha
Perut Ikan
Abuya Pengasas Al Arqam Meninggal Dunia (U)
IPOH: Bekas pengasas dan pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Asaari Muhammad, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist di sini, pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.
Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.
Anak Asaari, Mohd Niqdad, 29, yang dihubungi Berita Harian mengesahkan ketika menghembuskan nafas terakhir, ibunya, Tengku Noriah Tengku Abdullah dan dua ibu tiri, Hatijah Aam dan Noraziah Ibrahim, berada di sisi bapanya.
"Abuya (bapa) memang kurang sihat sejak akhir-akhir ini tetapi doktor menyatakan kematiannya disebabkan paru-paru berair. Abuya singgah sebentar di sini selepas balik dari program ziarah di Thailand dan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu," katanya.
Mohd Niqdad, anak ke-15 Asaari, berkata jenazah bapanya dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Jenazah Asaari yang dikenali sebagai `Abuya' di kalangan pengikutnya, dibawa ke rumah tamu syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) di Lorong Raja DiHilir, Tambun di sini, untuk solat jenazah selepas solat Asar. Kira-kira 100 pengikutnya berada di rumah berkenaan.
Selepas itu, jenazah dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard beserta beberapa kenderaan lain keluar dari pekarangan banglo itu kira-kira jam 5.40 petang untuk dibawa ke Negeri Sembilan.
Di pintu masuk banglo berkenaan, ada sepanduk tertera ‘Selamat Pulang Abuya Fata At Tamimi ke Malaysia' manakala di sepanjang pagar beberapa sepanduk kecil tertera logo syarikat serta perkataan seperti Abuya Penyelamat Kami, Abuya Bapa Poligami dan Abuya Hidup Mati Kami.
Sementara itu, seorang kakitangan Global Ikhwan, Marzuki Hussain, 57, berkata Allahyarham singgah di sini dalam perjalanan pulang dari Thailand atas urusan perniagaan.
"Allahyarham adalah Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan dan berada di sini beberapa hari lalu untuk pertemuan dengan kakitangan syarikat di sini," katanya.
Beliau berkata, Asaari dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di rumah tamu berkenaan.
Kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.
Asaari yang dilahirkan pada 30 Oktober 1937, ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan Al-Arqam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pernah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan dalam kumpulan berkenaan.
Allahyarham pernah dikenakan tahanan rumah di kediamannya di Rawang, Selangor dan Pulau Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
- BERITA HARIAN
Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment