Sorry gambar kecik. Susah nak cari yg besar. Credit to Google Image.
1. Ayam + Nasi + Soft Drink
Hidangan nasi dalam menu fast food restaurants di Indonesia sangat-sangat common. Bagi yang pernah ke Indonesia mesti perasan ada nasi untuk hidangan McD. Orang Indonesia memang suka makan nasi barangkali.
--
2. Samurai Pork Burger dan Fish Mc Dippers
Hidangan Burger Khinzir Samurai ni terdapat di Thailand. Ya, Thai-land. Bukan Je-pun. Bagi yang tak makan daging babi mesti tak terliur. Tapi mesti masuk dalam list jugak sebab kat Malaysia takda jual. Fish McDippers tu pun kat Thailand. Confirm rasa mcm fillet-o-Fish versi potong kecik-kecik.
--
3. Green Tea Red Bean Sundae
Dijual di Hong Kong. Memang orang Cina suka makan ni. Selalu nampak kat Ipoh diorang makan. Tapi bukan product McD lah. Aiskrim teh hijau. Nampak sodap jugak. Hoho
--
Looks like an ordinary McD burger tapi jangan silap. Bun burger ni diperbuat daripada nasi. Yup, nasi, bukan gandum. Ada dijual di Singapura. Tak pasti kenapa kat Malaysia tak di bawak masuk.
--
5. McAlooTikki
Rasanya dalam banyak-banyak menu, McAloo Tikki ni paling winrar bak kata Obefiend. Sebabnya burger ni khas untuk vegan. Dari nama burger tu pun ktia dah boleh teka ada jual kat mana kan? Tak lain dan tak bukan, negara paling ramai penganut Hindu, IN-DI-A!. Burger yang diperbuat daipada kentang dan kekacang. Coolnessss!
--
6. Fillet-O-Shrimp
Negara mana yang paling suka makan seafood? Mestilah Jepun. Kita ada fillet o Fish sahaja. Kat Jepun ada O Shrimp! Udang lah. Nampak lazat walaupun saya allergic makan udang. Hehe
--
7. Mc Hot Dog
Disesetengah negara, McD ada hidangkan hot dog untuk Breakfast Meal. Kalau diperkenalkan kat Malaysia pun ok kan?
--
8. McDonald's Spaghetti
Italian food di McD Filipina! Macam agak tak masuk kan? Haha.
--
9. Only in Malaysia: Bubur Ayam McD!
Walaupun lebih minyak, tapi tetap sedap.
--
P.s- 3 entri mengenai McD berturut-turut! Woha!
No comments:
Post a Comment