MANILA - Sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun telah dikesan di Filipina semalam, tetapi Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.
Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil. "Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.
Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.
Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.
Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi.
- Reuters
--
IkanStim 2.0 Says: Betul ke tak de effect langsung?
Popular
-
Mungkin ada dikalangan pembaca IkanStim ada terbaca artikel ini: klik mengenai isu pelajar mesir memebelasah seorang pak cik repair kasut d...
-
Bila mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, panggil FRU Kesian FRU. Tak bole sembahyang Jumaat sebab kena jaga "keamanan" UKM. L...
-
VS Salam and a very good day to my fellow readers and viewers. This entry might be kind of lame for some of the nuffnangers, but hey. This i...
No comments:
Post a Comment